Kami adalah pemilik-pemilik jentera buatan Sweden yang terdiri daripada pelbagai model dan tahun pengeluaran. Penubuhan kelab kami adalah sinambungan daripada kelab Volvo Owner Club Malaysia (VOCM). Inilah cerita kami........
Lagi gambar-aktiviti sebelah malam. Semua aktiviti ini disusun rapat oleh AJK Aktiviti, saudara Hisyam. Minta maaf kepada insan insan terpilih yang terpaksa menyerlahkan skill dan bakat terpendam...suka suki malam family day..harap semua enjoy
Tahniah semua..anda semua memang sporting.....semoga kita berjumpa lagi di edisi akan datang..Sekian laporan dari tukang kepoh...
Pada 7 April 2017, ia merupakan hari bersejarah di dalam kelab kami. Ia merupakan hari dimana kami akan mengadakan Family Day 2017 yang bertempat di Gunung Ledang Resort. Seramai 43 Jentera Volvo pelbagai model telah menyertai event ini. Berikut adalah sekilas memori yang dapat kami coretkan khas buat kenangan semua ahli Kelan VOCM SC...anda semua terbaik...
Seperti yang dirancangkan, semua peserta konvoi VOCM SC telah berkumpul di Stesen Petronas Toll Skudai pada pukul 9 pagi. Sesi taklimat konvoi telah diketuai oleh saudara Yam. Setelah habis bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Janggut, kami semua bersiap sedia untuk bertolak ke Pekan Yong Peng. Kami bertolak tepat jam 10 pagi. Sejumlah 38 jentera buatan Sweden ini bertolak menuju ke hentian seterusnya.
Rakaman di sepanjang konvoi
Sekian...bersambung di Part 2